Jul 14, 2009

Anak Mike NolaK Anak TemaN

6.15 ptg. Loceng tamat persekolan berbunyi nyaring. Dari jauh aku lihat ke dua2 anak aku berlari. Macam ada yang tak kena pada Isyraf.

"Ayah ! Ayah ! Tadi kan ada budak tolak adik masa rehat, dia jatuh pas tu nangis. Ayah tengok baju dia". Mira mengadu sebaik saja aku mengangkat beg Isyraf.

Isyraf menampar badan kakak nya. Bocorkan rahsia la tuu...

"Isyraf ! Siapa buat ? Macam mana leh jatuh ?". Aku mula menjalankan edisi siasat version aku. Hati aku dah mula panas. Siapa lak yang berani membuli anak aku ni. Ibu bapa lain mula memandang kami. Aku tak peduli.
Isyraf hanya diam membisu

"Isyraf ! kenapa dia tolak Isyraf ?Israf lawan balik x ?". lantak lah apa orang lain nak kata. Anak aku kena buli takkan aku nak diam kan je. Tindakan membisu Isyraf membuat aku makin panas hati.

"Akak niiiii..................!!" Isyraf menarik baju Mira.

"Mira ! Siapa buat adik ?".

"Ayah, rileks ... akak dah kautim. Akak dah marah budak gemuk tu, dia kelas sebelah akak".

"Budak Gemuk"!!!. Badan besa mungkin sebab tu Isyraf takut nak lawan balik. Budak tu darjah 3, Isyraf baru darjah 1.

Tak boleh jadi nii..

"Akak tunjuk Ayah budak tu".

"Budak tu balik ikut pintu belakang".

Aku menarik tangan Isyraf...............

Dari jauh aku nampak seorang budak gemuk bersama seorang lelaki. Dalam hati aku, mesti budak ni. Mak ooii darjah 3 badan beso.. patut la Isyraf tak berani.

Budak lelaki tu menuding jari ke arah Mira. Sah ni budaknya dalam hati.

"Ayah budak tu".

Aku senyum. Lelaki tu pun ikut sama senyum.

"Alamak Yop (hanya bebudak kampung panggil aku Yop) anak kita gaduh le" Aireh menghulur tangan. Kami ketawa. Anak2 kami memandang kami kehairanan.

"Reh, Ate idak le teman tau anak mike ngaji ngan anak teman." aku mula bersuara.

"Teman pun idak tau Yop"

"Anak mike baya anak teman, darjah 3, 3 tahun ngaji baru ni teman nengok mike ngambil anak, mane rhoper ayah mike ni" Aku seronok jumpa member sekampung.

"Ate Yob ooi, mane buatnye, Yob bukan tak tau, teman koje mane... teman cuti le hari ni.. Orang umah teman soh nengok sekolah anak.. Udah 3 tahun bahru teman dapat nengok.. itu pun chupul2 je... bebudak udah balik teman baru sampai". Aireh bekerja di luar negara. Dah berapa tahun aku tak berjumpa dengan dia.

"Yang ni ape ke halnye.. Anak mike nolak anak teman, akak anak teman pulak nolak anak mike".
Hati aku yang membara dah sesejuk kutub Utara...........

"Alaa Yob, bebudak rhoper itu le, gaduh gaduh esok baik le dema tu, Yob dulu pun rhoper itu, Yob idak ingat ke Yob melestik kaki teman.".. gelak lagi "Parut kaki teman nii Yob ade lagi".

Aku teringat kisah aku melestik burung zaman kecik2 dulu.. Geram tak mengena, aku lestik kaki Aireh .... Hahahhahahahhaa

Aku ngan Aireh berbual ..... Kisah anak2 kami bergaduh tolak tepi..

Dulu aku suka membuli si Aireh, sekarang anak Aireh membalas tanpa mereka mengetahui Ayah dema kawan baik satu masa dulu... umpama roda.. perbuatan baik di balas baik.. jahat di balas ngan jahat.. tak semestinye orang yang sama akan membalas , tapi balasan tu tetap ada cuma dalam bentuk yang lain.
Aku bersyukur, dalam kisah anak kami bergaduh.. kami ditemukan kembali.. Tak sangka Aku ngan Aireh tinggal dalam satu taman.. Orang Umahnye selalu aku tengok, nasib baik aku tak penah mengumpat atau menakle ( " mane le laki dia .. Janda ke?") hehehehhee..

"Ayah, Cikgu kata cikgu nak jumpa" Dalam keta Isyaf baru nak bersuara. Isyraf tau hati aku dah sejuk baru dia berani bukak mulut.

"Cakap cikgu Udah settle".......

Jul 13, 2009

Kopi Dan Anak Dara

Petang Sabtu lalu,
Tengah hari membawa ke petang ujan turun, plan nak basuh keta then pas tu bawak family meround pekan tergendala. Lepak nengok cite hindustan sekeluarga. Best pulak cite nya .. Layannnn..

"Ayah nak kopok". Adoii potong stim budak nii aku tgk syok nengok..
"Soh Ibu buat"
"Ibu tido". selalunya aku yang tido bile nengok cite hindustan ni, kali ni Orang Umah aku lak yang tido, mesti ngantuk semalam baby Liya meragam satu malam.. Nasib baik bukan turn aku jaga malam tadi.. hehhehehehe
"Iklan kang Ayah buat". Aku bagi alasan kot2 kang anak2 aku lupa.

"Ayah dah Iklan, Akak tolong ayah". Cess ingat lagi rupanya. Aku bangun, malas nak kejutkan Orang Umah aku tu..
"Takyah, Jaga Liya".

Sementara menunggu minyak panas, aku kembali ke ruang tamu. Aku tertarik ngan satu iklan ni :

Berlatar belakang tahun 60an, hitam putih. Seorang anak dara berkebaya ketat berpayung berjalan dengan lenggang lengguk yang mengiurkan. Seorang Pemuda menaiki Vespa lalu melewati anak dara sambil matanya begitu asyik memerhatikan anak dara berjalan. Dek kerana begitu terpesona, pemuda berkenaan tidak melihat jalan di hadapan lalu melanggar pokok kelapa. Pemuda itu jatuh terbaring (Vespa nya entah kemana) tanpa mengalami apa2 kecederaan. Anak dara kemudiannya menghulurkan secawan kopi pada pemuda yang masih lagi terbaring, pemuda berkenaan menyambut kopi dan kemudiannya mereka berjalan di tepi pantai berpegangan tangan (majik sungguh).

Yang aku musykil kan ialah apa hubungan KOPI DAN ORANG JATUH MOTOR ???...
Agaknya minum produk kopi syarikat tersebut jatuh motor gerenti takda apa2. Camni ramai lah mat2 rempit akan minum kopi ni.. Mungkin ini lah mesej yang hendak disampai kan oleh Iklan syarikat Kopi ini..

Jul 11, 2009

Aku Dan No.Dua

Aku ada 2 anak pompuan
Mira n Liya

Aku ada 2 buah kereta
Satu tok pi kerja dan satu lagi tok Long Distance (konon la)

Aku ada 2 Speaker beso
Tapi dah lama tak leh pasang.. asal aku kuatkan volume je ada la suara "Pelan skit anak nak tido"

Aku ada 2 Laptop
Satu aku beli tok Orang Umah aku masa belajar dulu, Satu lagi aku berOn9..

Aku ada 2 Handphone
Satu aku khaskan tok urusan koje. tepat kol 5:45 ptg aku off sampai la kol 9 esoknye
Satu lagi tu tok broadband dan family dan kawan2 yang rajin mengacau aku.

Aku ada 2 Broadband.
Streamyx . aku dah lama nak terminate je tapi member aku yg jaga kaunter streamyx ipoh tak bagi.. aku sign borang terminate dah lama, tapi line tetap aktif..
Celcom - Aku guna jugak. Berguna bila time2 nunggu kawan atau anak2 tiusyen

Aku ada 2 baju MANU original
Hadiah dari kawan. Sorang kawan Opis Sorang lagi kawan Facebook.

Apa lagiii.. Otak dah jemm.. tapi ada satu je aku tak nak 2.. Tambah Orang Umah..
naya oooiiiii

Jul 10, 2009

Uniten

Terlebih dulu mintak maaf lah pada semua kawan2 Facebook dan Bloggers semua, tak dapat nak berjumpa masa aku kat sana tempoh hari. Jadual aku pack.. hehehhee

Rabu
Aku check in di Hotel Prescott Metro Kajang. Tu pun melilau cari. Mana la aku tau dia dah tuko nama.. Dulu nama nya Metro Inn. Bagi aku ni la kali pertama aku jejak kaki kat Kajang ni.. selama ni asyik dengar nama je "Satay Kajang". Orang Umah aku pilih hotel ni sebab murah dan dekat ngan Uniten. Ada dalam 20 minit.
Dapat lak bilik 2 katil.. Hahaha aku gelak ngan orang umah aku.. Camni kena tido asing lah.. hehehe.. Tu je bilik yang ada.. semua dah penuh disebabkan ada Convocation di Uniten. Menyesal pulak tak bawak anak2..

Dalam kol 2 bergerak ke Uniten untuk Raptai. Aku dok la kat Kantin sampai kol 6.. Keras aku kat situ...





Khamis
Majlis setat kol 1.30 petang, Pagi2 lagi orang umah aku dah sibuk.. tak sabar2 dia. Punya lah ramai orang, dah macam pesta. Selalu aku ke Convo adik2 aku, aku tak la kisah sangat.
Tak penah la aku masuk Dewan nengok macam mana orang terima segulung kertas tu. Congak bangak la aku, aku lak tak penah berpengalaman cam ni.. belajar pun takat SPM je. Tu yang bila Orang Umah aku nak sambung belajar aku bagi sokongan 100%. Berkorban aku jaga anak2 selama dia belajar, berulang alik ke Uniten tiap2 minggu.. duit banyak abis oooo..
Yang paling membanggakan aku, bila Orang Umah aku diumumkan sebagai pelajar/pelatih cemerlang. Nak melompat aku dalam dewan, sib baik leh kontrol ensem.. hhehhee Bangga aku. Berbaloi segala usaka aku selama nii.

Jul 8, 2009

A for Azizul

Dalam Kereta.

"Ayah nak tanya soalan cemerlang akal" Mira memecah kesunyian dalam keta (radio keta buat hal).
"Ada hadiah Ayah jawab".
"Ok.. betul Akak pijak badan Ayah malam kang", "Tak betul Ayah beli eskim yang RM2.80 tuu"
"Set"

"Kenapa huruf A selalu di depan dari semua huruf lain dan nape A for good dlm peksa".

Susah gak soalan budak darjah 3 ni.. Silap jawab kang naya RM2.80 aku.

Jenuh la jugak aku pikir.. tak dapat aku jawab.

"Ayah surrender"
"Ok singgah kedai jimat dulu beli eskrim".

Terbang RM5.60 aku. Tak beli tok adiknya kang gaduh dalam keta. Pandai dak ni cari rezeki.

"Cepat cakap"

"Jawapannya tunggu akak pas makan".

Aiittt terkena lagi aku.....

"Jawapannya ... A for Ayah , A for Azizul".

Mira pun menghuraikan lah sebab terjadinya jawapan tu..

"Ayah selalu didepan dalam keluarga, Ayah selalu kedepan bila ibu marah kitaorang.
A for Azizul sebab Ayah pandai....".

Ok.. Jawapan yang memuaskan hati aku..... Bangga hati niii

Jul 6, 2009

Cantik Selalu Dimata

Ahad
Hari kedua bawak family shopping. Kali ni betumpu pada pakaian pulak.
Minggu ni minggu penting bagi orang umah aku. Minggu ni dia ada convocation di Bangi. So aku bermurah la hati nak belikan something la tok dipakai.
Cepat masa berlalu, masa orang umah aku study dulu, teruk aku, aku la mak aku lah ayah. Tinggal ngan anak2. Jumpa ngan isteri 2 minggu sekali. Kelam kabut rasanya. sekarang dah berbaloi...

Aku lepak dalam keta ngan baby. Malas nak ikut, pompuan milih mau makan berjam. Time nak bayar kang tau la nak call aku. Dok dalam keta, lepak layan skesta Nabil.. fuhhh layannnn

Nasib baik baby tak meragam, tido.

"Abg datang sekarang kedai no 3". time nak bayo la ni dalam hati....

"Abg mana cantik ?"
"ermm try la dulu". Aduuiiii ingatkan dah selesai masih dalam proses pemilihan rupanya. Anak aku yang berdua tu berlari2 dalam kedai. Orang umah aku masuk bilik persalinan.

"Ok tak bang?"..
"Try satu lagi"

Aku mencari anak2 aku.. main sembunyi2 yer siap nanti balik. Aku dah le lenguh dukung baby ni.

"Yang ni ok ?" "cantik?"
" Errrmmmm .. Cantik"
" Abg ni dari belum kawin sampai anak 3 asal tanya je semua cantik, langsung tak bagi pendapat".

Aku nak cakap apa, bagi aku apa orang umah aku pakai memang cantik. Pakai Tshirt ngan kain batik pun dah cun bagi aku. Tu memang jawapan ikhlas aku. Cantik je di mata. Aku rasa semua para suami camni, tanya la mereka.. mesti jawapan sama ... CANTIK...

"Ambik dua-dua sekali la senang".
"Sayang abg".

Aku menuju ke kaunter bayaran. Aku ingatkan 2 pasang je, rupanya ada lagi sepasang tersedia di kaunter, Aduuhhhhh 3 pasang.. Sepasang dah dekat RM170, kali 3 ...........
Bayar je la.. nasib baik ada Credit Card.

"Abg jom beli kasut".

Aku belikan eskrim tok anak2 aku, baru reti dok diam. Aman skit nak milih.

"Abg try kasut ni"
"Buat apa semalam kan dah beli kasut"
"Tu kasut keja ni kasut sukan""Yang bayar kasut abg ni".

OOOOO. Aku paham napa belikan aku kasut sukan. Mungkin nak cakap segan, tak nak kecikkan hati suami, dpat dosa pulak kecik kan hati suami. PERUT aku ni makin maju kedepan, Soh aku pi bersukan la tuu , buang kan lemak....

kRaSz bAtU © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO